Thursday, December 24, 2009

nikmat hidayah

demi matahari dan cahayanya di pagi hari
demi bulan apabila mengiringinya
demi siang apabila menampakkannya
demi malam apabila menutupinya (gelap gelita)
demi langit serta pembinaannya (yang sangat menakjubkan), subhanallah
demi bumi serta penghamparannya, subhanallah
demi jiwa serta penyempurnaannya
maka DIA mengilhamkan 2 jalan yakni
jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan
sungguh beruntung org yg menyucikan jiwanya itu (jln ketaqwaan)
dan sungguh rugi org yang mengotorinya (jln kejahatan)

tQ Allah..tQ Allah

Sunday, November 15, 2009

INGATLAH..


Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan kehidupanmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk mendekati dan akrab denganNYA..

Wednesday, October 28, 2009

Temanku~



Temanku,
Hatiku tak seputih kapas,
Sering terserak prasangka mengenai engkau,
Sering tersibak kemarahan,

Temanku,
Mataku tak terjaga,
Mataku tidak ku tutup seperti mata kuda
Mataku sering melihat yang seharusnya tak kulihat,

Temanku,
Mulutku pun tak ku jaga,
Sering ku ucapkan dengan sengaja kata-kata yang aku tahu akan menyakitimu,
Seperti juga sering ku ucapkan kata-kata tanpa tujuan yang sering ku sesali aku ucapkan,
Sama seperti seringnya jari-jariku menuliskan kata-kata yang tidak kau sukai.

Temanku,
Aku belum sepenuhnya berhasil menepati janjiku,
Aku belum sepenuhnya berhasil menjadi sahabat yang baik,
Adakalanya aku mendukungmu tidak dengan tulus, dan
Aku belum sepenuhnya menerima apa yang aku terima dengan ikhlas.

Temanku,
Maafkan aku…..

Tuesday, October 20, 2009

Kerajaan tidak akan kembali kepada PPSMI

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah selaras dengan keperluan negara untuk martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ke arah usaha itu, kementerian tidak lagi menoleh ke belakang meskipun terdapat rayuan dan desakan supaya PPSMI diteruskan, namun kerajaan tidak mampu memenuhi permintaan semua pihak.

"Sebaliknya pandangan yang disuarakan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan dasar (MBMMBI) berkenaan," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu apakah jaminan kerajaan untuk memastikan dasar baru tidak berubah kepada dasar lama.

Selain itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata bagi mengelakkan timbulnya permasalahan kepada dasar MBMMBI seperti mana yang terjadi kepada PPSMI, kementerian menetapkan tahun 2012 sebagai tahun pelaksanaan selepas segala persiapan disediakan.

"Tujuan kita untuk dilaksanakan pada 2012 ialah untuk membuat persiapan penting kerana pengalaman waktu kita melaksanakan PPSMI dulu, tempoh untuk pihak kementerian buat persiapan ialah enam bulan. Oleh sebab itulah pelbagai masalah timbul antaranya menyediakan sejumlah guru yang mencukupi. - Bernama

Pause to REFLECT


"My friend, by Allah, no calamity
Lasts, no matter how large it is,
If descends today, do not succumb to it,
And don't complain too much when your foot slips,
How many noble people have been tried through disaster!
They were patient and vanished and went away.
My soul was attached to this world and was stubborn,
But when it witnessed my patience, it yielded"

Monday, October 12, 2009

~mata hati~

pandanglah ke langit biru
lepaskan perasaanmu yang sayu
dan katakan
ohh sungguh indah ciptaan Tuhan

lihatlah laut yang biru
dengarkan ombak yang menderu
dan katakan
ohh sungguh indah ciptaan Tuhan

perhatikan tumbuhan yang menghijau
tiap-tiap daun itu berbeza
tidakkah kita kagum ciptaanNYA
dan sekali lagi katakan
SUBHANALLAH sungguh indah

renungkan nikmatNYA yang maha banyak
renungkan rahmatNYA yang tak putus2
renungkan kasih sayangNYA yang melimpah
renungkan keampunanNYA yang sentiasa terbuka

tanyakan pada diri
sempurnakah hakku padaMU
bersyukurkah aku atas nikmatMU

bila diberi kesenangan
sungguh manusia itu alpa
bila diberi kesakitan
dicanang merata-rata
seolah-olah Allah tidak adil

"Sungguh ajaib sifat seorg muslim, apabila diberi nikmat, dia bersyukur, apabila ditimpa ujian, dia bersabar..sungguh kedua-duanya amat baik baginya krn semuanya datang dari Penciptanya yang Agung iaitu ALLAH"

Sunday, October 11, 2009

Raya 2008-2009~

Masjid Omar Ali Saifuddin

wahh..ke'poyo'an sedang melanda diorang..

si tikus mondok dan si mawas..

after semayang raya

wahh..pakat2 pink ek korg

Masjid Jami' Asri




Hiasi Percakapanmu


Walau apapun yang kita keluarkan, ia menunjukkan siapakah diri kita yang sebenarnya. Ada baiknya sekiranya kita memahami kelebihan orang lain dlm berbicara.

Perkataan yang bijak
Setiap kata2nya jelas & bernilai. Bicaranya memberi manfaat pada yg mendengar. Sentiasa mengajak untuk mengingati Allah. Namun, biasanya org yg bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya. Bahkan dirinya lebih senang mendengar org lain bercakap bagi mengambil hikmah dari percakapan itu.

Perkataan orang biasa
Perbualan kosong tiada asasnya. Segala kejadian yg dilihat dijadikan cerita @ ulasan. Dia lebih senang berbicara tentang bola sepak, gosip & isu yang tiada hikmah. Terus bercerita tanpa ada pengajaran, ilmu & zikir.

Perkataan orang yang martabatnya rendah
Perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian & makian. Selalu sahaja mencari-cari kekurangan benda di sekelilingnya. Terus sahaja merungut-rungut. Ada sahaja yang tidak kena dimatanya. Setiap perkataan yang diungkap hanya memperlihatkan kehinaan dirinya.

Perkataan orang yang dangkal
Ciri-cirinya terdapat pada setiap percakapannya yang kosong itu. Dia lebih sibuk menceritakan kehebatan diri sendiri. Orang seperti ini mahu dirinya dihargai oleh masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukan. Orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kpd Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, 'sungguh,aku termasuk orang2 yang menyerah diri'." (al-Fussilat:33)

Wednesday, September 30, 2009

Kuatkan hati (^_^)



"Biar rebah, jangan berubah
Biar terbuang, terus berjuang"

Thursday, September 17, 2009

Surat Syawal (~^)



Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik

Maaf juga, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu

Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih

Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih

Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering tidak memahami

Maaf aku hanya hamba yang biasa

Kerana kelemahanku itu
Sering aku panjatkan doaku padamu dikesempatan yang ada
Moga ALLAH selalu menyayangimu
Kerana siapa pun kamu, kamu itu SAHABATKU..

Monday, September 14, 2009

Ramadhan yg semakin meninggalkan kita


Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang"

Qiyamullail
Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.

ALLAH berfirman, "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu."[Al-Ghaafir 40:60]

Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]

Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: "Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud)" [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: "Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni." [HR Bukhari dan Muslim]

Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.Konfem!

Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.

Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:

1. Keikhlasan niat,

2. Memperkuat tekad,

3. Memperbaharui taubat,

4. Menghindari maksiat pada siang harinya,

5. Segera tidur,

6. Melakukan tidur siang hari, dan

7. Memohon bantuan dari Allah SWT.

Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.

Malam... tanda-tanda dan waktunya
Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.

Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.

Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.

Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:
اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."

Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.

Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.

Ya ALLAH
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti
menerangi kegelapan hati-hati kami~

Sunday, September 13, 2009

Andai cinta hendak diberi

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah. Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang & dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

Wasiat Luqman al-Hakim


anakku
suruhlah org melakukan kebaikan, tegahlah kemungkaran & sabarlah atas segala yg menimpa

anakku
jgnlah engkau cinta dunia krn engkau tidak dicipta utk dunia & ALLAH tidak mencipta lbh hina drpd dunia

anakku
jgnlah engkau gembira dgn kesihatan yg berpanjangan & sembunyikanlah kesusahan yg menimpamu

anakku
cukuplah dgn yg sedikit & redalah dgn apa yg kamu dpt

anakku
bersahabatlah dgn org bijaksana

anakku
bercakaplah dgn kata2 yg baik dgn org lain, duduklah dgn ahli zikir

anakku
laksanakanlah hajat sekadar yg perlu & elak drpd perkara yg tidak berkaitan dgnmu

anakku
banyakkanlah diam

anakku
jgnlah biarkan ayam lebih cerdik drpdmu

anakku
manfaatkanlah apa yg ALLAH ajarkan kpdmu

anakku
sepandai-pandai manusia adalah yg paling takut pd ALLAH

anakku
hendaklah engkau tawaduk

anakku
seorg yg keji apabila berkata-kata akan kelihatan kejahatannya pd lidahnya & apabila dia senyap pn, nescaya kejahatannya diketahui juga

anakku
fahamilah erti hikmah & jadikanlah akhlakmu berhikmah

anakku
elakkanlah drpd menolak permintaan org lain & terimalah keuzuran yg diminta oleh org lain

GAYA HIDUP SIHAT~


Menghayati agama terunggul (ISLAM)

1. Hendaklah ada matlamat dlm hidup
(utk mencapai kebahagiaan dunia & kejayaan hakiki di akhirat)

2. Membuat perancangan & pelan tindakan

3. Mempunyai pengetahuan, kemahiran, akhlak & ketrampilan

4. Sentiasa memantau perancangan yg dibuat

5. Kesungguhan & usaha yg berterusan

6. Doa & tawakal kpd Allah

7. Ada rehat yg cukup & kemenangan pada diri kita
- tido awl sblm 12mlm, bgn awl sblm subuh
- elak tido lps subuh

8. Mendirikan solat (dgn rukun & khusyuk)
- berusaha mencapai khusyuk
- solat di awal waktu & berjemaah
- solat merupakan kemuncak tunduk & patuh kpd ALLAH
- merancang aktiviti harian berpandukan waktu solat

9. Menghayati & membaca Al-Quran

10.Mengamalkan zikir

11.Mengekang hawa nafsu

12.Bersedekah (masa, tenaga, harta utk ISLAM)

13.Kewangan mandiri
- menabung & melabur utk masa depan
- elakkan berhutang & berbelanja mewah

14.Jaga dari segi keberkatan

15.Makan makanan yg halal & baik, segar & tidak berlebihan

16.Riadah yg istiqamah

17.Mencari & mencintai ilmu

18.Amar ma'aruf nahi mungkar

hidup dlm dunia yg bersyukur



bersyukur kpd org yg menyakiti kamu krn
dialah org yg menabahkan hati kamu

bersyukur kpd org yg menipu kamu krn
dialah org yg meningkatkan pengetahuan kamu

bersyukur kpd org yg tidak mengendahkamu krn
dialah org yg memupuk sifat berdikari kamu

bersyukur kpd org yg menjatuhkan kamu krn
dialah org yg memperhebat abiliti kamu

bersyukur kpd org yg menyeksa kamu krn
dialah org yg menguji kesabaran kamu


~ada hikmah pada setiap yg berlaku~

~Sesungguhnya...


"...hidup hanya seinci,selebih bererti mati,biar seorang bising mengeji selagi seribu diam memuji,biar seribu diam wasangka,selagi diri tidak berdosa..."

Thursday, September 10, 2009

Dedicated to My Dearest Sisters



You are the moon in the sky of my heart...
Don't Be Sad
Because this is make your Face turn Bad.

If you face problems...
Remember my dear friend,
That Life is a Test.
Patience is the Key
to bring your happiness come back.

If you have happiness...
O...be thankful my dear freind,
to The One Who give you Life...

and remember...
Life is a Short Journey...
Our Long Journey will be after dead.


“O Allaah, place light in my heart, light in my tongue, light in my hearing, light in my sight, light behind me, light in front of me, light on my right, light on my left, light above me and light below me; place light in my sinew, in my flesh, in my blood, in my hair and in my skin; place light in my soul and make light abundant for me; make me light and grant me light.”

Aku yang lemah~


"..jangan pernah putus harapan pada ALLAH..."


“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul”. (Al-Baqarah: 186)

Tuesday, September 8, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ...

http://www.zahazan.net/index/artikel-ustaz-zahazan/rahsia-solat-awal-waktu-kelak-saya-komen-yer..html

mari kenali ;p


BAHIAH..

agak tenang di saat marah
agak kureng di saat excited
agak merepek di kala haru
agak mereng di kala bosan
agak-agak la..

hepi besday ^^

Salam RAMADHAN





Aduh..akukah itu~



Menjauhi Keselesaan Berada Dalam Dosa

"Orang mukmin apabila melakukan dosa walaupun kecil dianggapnya seperti gunung yang menghempapnya tetapi orang munafik apabila melakukan dosa walaupun besar dianggapnya bagai lalat yang menghurung di hidungnya"

Dosa walaupun sekecil manapun ia pasti akan menggangu kekhusyukan hati kita kepada Allah. Jika dosa kecil dilazimi, maka ia pasti akan mengikis ketakutan kita kepada Allah. Keimanan kita terhadap Allah juga sudah mula bergoncang. Keyakinan yang selama ini ditanamkan dalam diri kita mula bergolak apabila diuji dengan perkara yang menyeronokkan dan memuaskan nafsu kita. Lantaran itu, pohonlah keampunan pada setiap hari Allah memberi peluang kehidupan kepada kita. Moga kita tergolong dalam golongan yang Allah redha.

Melangkahlah sebagai HAMBA


"...dan janganlah kamu berjalan dengan sombong di atas muka bumi ini kerana kamu sekali-kali tidak akan dapat menembusi bumi dan tidak akan menjadi setinggi gunung.."

Monday, September 7, 2009

RINDU hati ini~



Hati Ini Rindu
aku bukanlah pandai dalam berkata-kata…
kadang-kadang apa yang tersirat di hati ini..
tak terluah dengan perkataan..
sedangkan hati terlalu sakit memendam perasaan..
sedih..sangat2 sedih..
bila hati berkata-kata tiada siapa yang mendengarnya..
adakah seseorang yang boleh mendengar kesedihan hati ni..
kerinduan hati ni..
betapa hati ini sayu menanggung segala-galanya seorang diri..
bukan tidak mahu berkongsi rasa..
kerana hati ini amat payah menyampaikan penderitaannya
hati ini terlalu rapuh..
hati ini tidak sekuat yang disangka..
dan sebenarnya..
hati ini mudah tersentuh dan menangis..
apabila hati ini rindu kepadanya…

~MUSLIMAH itu..



Muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Kita orang ISLAM.

Muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman.

Hati itu..

DIA



lemah lembut tapi tak lemah & lambat
tegas tapi tak keras & takbur

Sunday, September 6, 2009

Di kala itu





~mereka-mereka yang paling sengal pernah aku jumpe dalam hidupku~

~IZZAH~



aku tuju khas lagu ni pada sahabat paling
sengal di SMAPK wlpn tau dia takkan baca..

When your world falls apart
When your pain claims your heart
I'll be there, I'll be around
And I will never let you down

Leave that pain, don't give up
You will fly up high again
Count on me, we are together
We'll make it through this stormy weather

No matter what they say
No matter what they do
No matter what they think of you
You have got me and my heart too

No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as You And I See...

Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly, don't surrender!

Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in Him
So please be tough and please be strong
With all His love you can't go wrong


p/s: izah busuk, miss u

Saturday, September 5, 2009

::erti persahabatan::



Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri seribu alasan. Memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, hingga kadang-kadang kita terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkan kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut , ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan , kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu?.

Sifat-sifat orang mukmin


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kemaluannya; kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga)." (Al-Mukminun: 1-10)

Ada tujuh sifat yang diterangkan Allah swt melalui sepuluh ayat ini sebagai panduan dan pengajaran kepada kita untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Sifat pertama ialah sembahyang dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh.

Sifat kedua ialah menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Sifat ketiga ialah menyucikan harta dengan berzakat.

Sifat keempat ialah menjaga kemaluan atau kehormatan diri.

Sifat kelima ialah menjaga amanah.

Sifat keenam ialah setia pada janji.

Sifat ketujuh ialah tetap memelihara sembahyang.

Menghadapi rasa lemah (futur) dalam D&T:

Sentiasa memohon bantuan daripada Allah SWT.

Iltizam syarie iaitu berpegang-teguh dengan syarak dan istiqamah di atasnya.

Mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.

Periksa hati ini :

1)Adakah hati ini merasai bahawa umat manusia kini sedang berada dalam bahaya di tepi jurang yang amat dalam?

2)Adakah hati ini merasai bahawa Sistem yang menguasai seluruh kehidupan manusia hari ini adalah Sistem Jahiliyah?

3)Bukankah Sistem Jahiliyah inilah yang menggantikan Sistem Islam dalam kehidupan hari ini?

4)Adakah hati ini merasai bahawa Islam pada hari sedang berada dalam keadaan dagang kali kedua?

5)Bukankah Sistem Jahiliyah yang ada pada hari ini telah mencabul hak istimewa Allah SWT iaitu kekuasaan Sistem-Nya dari muka bumi ini?

6)Bukankah pada hari pertama kita menganut deen Islam ini,kita telah menanggalkan semua pakaian lapuk Jahiliyah dan memakai pakaian yang baru iaitu pakaian Islam?

7)Bukankah di hari pertama kita mengucapkan kalimah LAILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH ,kita tidak mengiktiraf semua kekuasaan ,ilah,sembahan melainkan kita mengiktiraf hanya sanya kekuasaan Allah SWT?

8)Bukankah realiti hari ini adalah bertentangan dengan pendirian dan prinsip yang tertanam dalam diri kita?

9)Adakah kita meredhai akan Sistem Jahiliyah yang ada pada hari ini?

10)Adakah kita merasai kewajipan (masuliyah) untuk mengubah apa yang sedang berlaku ini?

11)Adakah tindakan yang kita buat pada hari ini ,adalah merupakan tindakan untuk mengubah Sistem Jahiliyah yang ada pada hari ini?

12)Bukankah Rasulullah SAW telah berjaya meruntuhkan Jahiliyah dan akar-akarnya seterusnya membina di atas runtuhan-runtuhan Jahiliyah tersebut dengan dasar-dasar Islam?

13)Apakah jalan yang dilalui oleh Rasulullah SAW ketika ingin mengubah Jahiliyah tersebut dan menggantikannya dengan Islam?

14)Bukankah Rasulullah SAW bermula dengan mengubah prinsip dan aqidah yang ada dalam hati para sahabat Baginda SAW dahulu dan menanamkan aqidah tauhid yang benar dalam hati mereka?

15)Bukankah para sahabat r.a. telah menyerahkan sepenuhnya hati mereka untuk diproses dengan tarbiyah daripada Rasulullah SAW?

16)Bukankah proses didikan keimanan ini berjalan dalam tempoh yang lama iaitu 13 tahun? Marhalah Makkiah

17)Bukankah proses tarbiyah imaniyah inilah yang telah berjaya membentuk peribadi-peribadi para sahabat r.a. sehingga keimanan mereka mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT di dalam Al-Qur'an?

18)Bukankah proses tarbiyah inilah yang ingin kita lalui sepertimana yang telah dilalui oleh generasi para sahabat r.a. yang terdahulu yang berjaya?

19)Adakah berlaku penyerahan hati kita sepenuhnya kepada proses Tarbiyah Islamiyah ini ?

20)Bagaimana pandangan hati kita terhadap perjumpaan-perjumpaan ini?

21)Apa perasaan kita apabila sekali kita tidak menghadiri program-program ini tanpa uzur syarie?

22)Adakah diri kita merasa amat berhajat kepada Tarbiyah Islamiyah ini?

23)Adakah kita merasai bahawa nikmat yang paling agung yang ada pada kita ialah nikmat Iman dan nikmat Islam.

24)Adakah kita mensyukuri kedu-dua nikmat Iman dan Islam ini ?

25)Bagaimanakah cara sebenar kita bersyukur di atas kedua-dua nikmat tersebut?

Are you going through hardship in life?


Special to somebody, who is going through some hard times at the moment..

"Do men think that they will be left alone on saying, "we believe", and that they will not be tested? We did test those before them, and Allah will certainly know those who are true from those who are false." (Al-'Ankabut : 2-3)

O my Muslims going through hardship, please reflect on the following words of Allah & His Prophet Muhammad (SAW)..

"Whenever Allah wills good for a person, He subjects him to adversity" (Bukharee & others)

Allah must really love you. MashaaAllah, you must have iman (Faith)!

"The parable of a believer is that of a fresh & moist plant; the wind tilts it this way and that way; and so is the believer; he continues to be subject to affliction" (Bukharee & Muslim)

Allahu Akbar..He is removing your sins and elevating you higher!

"Whenever a muslim is afflicted by harm from sickness or other matters, Allah will drop his sins because of that, like a tree drops its leaves" (Bukharee & Muslim)

"If a Muslim is pricked by (as little as) a thorn in the worldly life, and he seeks its reward from Allah, some of his sins will be removed, because of it, on the Day of Judgement." (Bukharee)

"Indeed amazing are the affairs of a believer! They are all for his benefir; if he is granted ease of living he is thankful; and this is best for him. And if he is afflicted with a hardship, he perseveres; and this is best for him" (Muslim)

Please remain patience...Don't ever give up! keep striving, don't let anyone put you down, hold on, be strong! you can get through this!

Never forget:
"Indeed with every hardship come ease, with every hardship comes ease" (Al-Insyirah : 5-6)

"...And whosoever fears Allah and keeps his duty to Him, He will make a way for him to get out (from every difficulty)." (Al-Talaaq : 3)

:: Jiwa-Jiwa ::



"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetapkanlah hati-hati kami di atas jalan yang lurus,
jangan Kau biarkan kami walau hanya sekelip mata"

Tawaran Terhebat~


PRAYER is a FREE outgoing call to ALLAH..

no battery power..

no charging..

no network problem..

no simcard..

always good signal n ENDLESS TALKTIME..

Stay close to HIM..

Doa untuk 'dia'


Ya Allah
bentuklah dirinya menjadi hamba yang cukup kuat
ketka lemah
dan cukup berani menghadapi diri sendiri
ketika takut

jadikanlah dia
hamba yang selalu memiliki rasa bangga
dan keteguhan dalam kekalahan
rendah hati serta jujur dalam kemenangan

bentuklah dia menjadi hamba yang kuat dan mengerti
mengetahui dan kenal akan diri sendiri
adalah dasar dari segala ilmu yang benar

Ya Allah...
janganlah dirinya dibimbing atas jalan yang mudah dan lemah
bimbinglah dia dibawah tempa dan desak kesukaran tentangan hidup

bimbinglah dia
supaya teguh berdiri di tengah badai
berbelas kasih kepada mereka yang jatuh
bentuklah dia menjadi hamba yang berhati bening
dengan cita meninggi langit
seorang hamba yang sanggup memimpin diri sendiri
sebelum ia berhajat memimpin orang lain
seorang hamba yg menjangkau ke hari depan
tetapi tidak lupa akan masa lampau

Ya Allah...
dan setelah segala menjadi miliknya
semoga dia dilengkapi hati yang ringan untak bersungguh hati
tetapi jangan sesekali menganggap dirinya
terlalu berkesungguhan

berikanlah kepadanya kerendahan hati
kesederhanaan dari keagungan hakiki
fikiran cerah dan terbuka
bagi sumber kearifan dan kelembutan
dari kekuatan sebenarnya

Dan aku akan berbisik
"Hidupnya tidaklah sia-sia"
dan dia bakal melafazkan
"Hayatku Penuh Bermakna"

SHE SAT THERE




She sat there silently
Watching him from a far
Waiting for a smile…
A warm word
Yet, always to shy to ask

She sat there longingly
She watched him
Exchanged easy jokes
She seen him laughed
And played
She saw him always
With his friends
Never noticing she’s was there

She sat there agony
As she gazed adoringly toward him
Willing for their eyes to meet
But when they almost do
She’d turn away
Scared if her feelings shows

She sat there patiently
A silent admirer
An unnoticed caring heart
An unspoken loved
One’ he’d never know….

Ujian demi Ujian



‘‘kita memiliki cukup kekuatan
untuk mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini
walau seberat dan serumit apapun...
kerana masalah tidak pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita’’

::: Aku CuBa MenCinTai-Mu :::



Aku cuba mencintai-Mu Tuhan
Hati tidak terasa juga
Aku cuba berkali-kali
pun tidak terasa apa-apa
Aku fikir-fikirkan nikmat-Mu
Aku kenang-kenangkan rahmat-Mu
Agar nampak kemurahan-Mu
Atas nama Tuhan aku akur
Namun aku belum juga jatuh hati pada-Mu
Aku susah hati aku sedih selalu

Mengapa terjadi begini?
Mengapa cintaku pada-Mu belum berbunga lagi?
Sedangkan aku tahu
Aku akui nikmat-Mu terlalu banyak padaku
Kalau hendak dihitung tak mungkin dihitung
Walaupun melalui komputer

Aku iri hati selalu
Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
Hebatnya cinta mereka pada-Mu
Hilang selera makan kerana-Mu
Asyik memuja dan memuji-Mu
Mensucikan dan membesarkan-Mu
Terutama di waktu malam yang sepi
Di waktu orang mimpi mereka memuja-Mu
Merintih pada Mu
Mengharap kasih sayang pada-Mu
Air mata mereka membasahi pipi
Ada kala menitis ke bumi
Mereka merasai Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah di bibir mereka
Engkau adalah hati jantung mereka

Tapi aku tak begitu
Aduh kerasnya hatiku
Hingga ini aku belum mencintai kekasih Agungku
Baru aku sedar cinta pada-Mu
adalah anugerah dan hidayah-Mu
Bertuah dan berbahagialah
orang yang Engkau anugerahkan kecintaan kepada-Mu
Aku bilakah lagi Tuhan?
Dapat sedikit pun jadilah!
Aku tidak putus asa
Aku cuba lagi selagi ada nyawa di badan
Di hujung hidupku pun kalau dapat sudah cukuplah
wahai Tuhan Al-Hannan wal Mannan...

Doa Seorang Anak

In The Name Of ALLAH The Most Gracious And The Most Merciful



untuk ummi dan abu

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahkanlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,

atas didikan mereka padaku dan

Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,

peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka

dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan

dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,

maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,

sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu....
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,

serta anugerah yang tak berakhir dan

Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.