Saturday, September 5, 2009

Sifat-sifat orang mukmin


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kemaluannya; kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga)." (Al-Mukminun: 1-10)

Ada tujuh sifat yang diterangkan Allah swt melalui sepuluh ayat ini sebagai panduan dan pengajaran kepada kita untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Sifat pertama ialah sembahyang dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh.

Sifat kedua ialah menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Sifat ketiga ialah menyucikan harta dengan berzakat.

Sifat keempat ialah menjaga kemaluan atau kehormatan diri.

Sifat kelima ialah menjaga amanah.

Sifat keenam ialah setia pada janji.

Sifat ketujuh ialah tetap memelihara sembahyang.

No comments: