
Muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Kita orang ISLAM.
Muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman.
No comments:
Post a Comment