“Kita bukanlah yang memulakan Da’wah dan Tarbiyah ini….tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan ini…..”
Sunday, October 11, 2009
Hiasi Percakapanmu
Walau apapun yang kita keluarkan, ia menunjukkan siapakah diri kita yang sebenarnya. Ada baiknya sekiranya kita memahami kelebihan orang lain dlm berbicara.
Perkataan yang bijak
Setiap kata2nya jelas & bernilai. Bicaranya memberi manfaat pada yg mendengar. Sentiasa mengajak untuk mengingati Allah. Namun, biasanya org yg bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya. Bahkan dirinya lebih senang mendengar org lain bercakap bagi mengambil hikmah dari percakapan itu.
Perkataan orang biasa
Perbualan kosong tiada asasnya. Segala kejadian yg dilihat dijadikan cerita @ ulasan. Dia lebih senang berbicara tentang bola sepak, gosip & isu yang tiada hikmah. Terus bercerita tanpa ada pengajaran, ilmu & zikir.
Perkataan orang yang martabatnya rendah
Perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian & makian. Selalu sahaja mencari-cari kekurangan benda di sekelilingnya. Terus sahaja merungut-rungut. Ada sahaja yang tidak kena dimatanya. Setiap perkataan yang diungkap hanya memperlihatkan kehinaan dirinya.
Perkataan orang yang dangkal
Ciri-cirinya terdapat pada setiap percakapannya yang kosong itu. Dia lebih sibuk menceritakan kehebatan diri sendiri. Orang seperti ini mahu dirinya dihargai oleh masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukan. Orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.
"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kpd Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, 'sungguh,aku termasuk orang2 yang menyerah diri'." (al-Fussilat:33)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment