Sentiasa memohon bantuan daripada Allah SWT.
Iltizam syarie iaitu berpegang-teguh dengan syarak dan istiqamah di atasnya.
Mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
Periksa hati ini :
1)Adakah hati ini merasai bahawa umat manusia kini sedang berada dalam bahaya di tepi jurang yang amat dalam?
2)Adakah hati ini merasai bahawa Sistem yang menguasai seluruh kehidupan manusia hari ini adalah Sistem Jahiliyah?
3)Bukankah Sistem Jahiliyah inilah yang menggantikan Sistem Islam dalam kehidupan hari ini?
4)Adakah hati ini merasai bahawa Islam pada hari sedang berada dalam keadaan dagang kali kedua?
5)Bukankah Sistem Jahiliyah yang ada pada hari ini telah mencabul hak istimewa Allah SWT iaitu kekuasaan Sistem-Nya dari muka bumi ini?
6)Bukankah pada hari pertama kita menganut deen Islam ini,kita telah menanggalkan semua pakaian lapuk Jahiliyah dan memakai pakaian yang baru iaitu pakaian Islam?
7)Bukankah di hari pertama kita mengucapkan kalimah LAILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH ,kita tidak mengiktiraf semua kekuasaan ,ilah,sembahan melainkan kita mengiktiraf hanya sanya kekuasaan Allah SWT?
8)Bukankah realiti hari ini adalah bertentangan dengan pendirian dan prinsip yang tertanam dalam diri kita?
9)Adakah kita meredhai akan Sistem Jahiliyah yang ada pada hari ini?
10)Adakah kita merasai kewajipan (masuliyah) untuk mengubah apa yang sedang berlaku ini?
11)Adakah tindakan yang kita buat pada hari ini ,adalah merupakan tindakan untuk mengubah Sistem Jahiliyah yang ada pada hari ini?
12)Bukankah Rasulullah SAW telah berjaya meruntuhkan Jahiliyah dan akar-akarnya seterusnya membina di atas runtuhan-runtuhan Jahiliyah tersebut dengan dasar-dasar Islam?
13)Apakah jalan yang dilalui oleh Rasulullah SAW ketika ingin mengubah Jahiliyah tersebut dan menggantikannya dengan Islam?
14)Bukankah Rasulullah SAW bermula dengan mengubah prinsip dan aqidah yang ada dalam hati para sahabat Baginda SAW dahulu dan menanamkan aqidah tauhid yang benar dalam hati mereka?
15)Bukankah para sahabat r.a. telah menyerahkan sepenuhnya hati mereka untuk diproses dengan tarbiyah daripada Rasulullah SAW?
16)Bukankah proses didikan keimanan ini berjalan dalam tempoh yang lama iaitu 13 tahun? Marhalah Makkiah
17)Bukankah proses tarbiyah imaniyah inilah yang telah berjaya membentuk peribadi-peribadi para sahabat r.a. sehingga keimanan mereka mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT di dalam Al-Qur'an?
18)Bukankah proses tarbiyah inilah yang ingin kita lalui sepertimana yang telah dilalui oleh generasi para sahabat r.a. yang terdahulu yang berjaya?
19)Adakah berlaku penyerahan hati kita sepenuhnya kepada proses Tarbiyah Islamiyah ini ?
20)Bagaimana pandangan hati kita terhadap perjumpaan-perjumpaan ini?
21)Apa perasaan kita apabila sekali kita tidak menghadiri program-program ini tanpa uzur syarie?
22)Adakah diri kita merasa amat berhajat kepada Tarbiyah Islamiyah ini?
23)Adakah kita merasai bahawa nikmat yang paling agung yang ada pada kita ialah nikmat Iman dan nikmat Islam.
24)Adakah kita mensyukuri kedu-dua nikmat Iman dan Islam ini ?
25)Bagaimanakah cara sebenar kita bersyukur di atas kedua-dua nikmat tersebut?
1 comment:
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
Post a Comment