apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimanapun keadaan.
bacalah al-Quran, tatapilah buku2 ilmu, pergilah ke majlis2 ilmu, amalkanlah zikrullah &
janganlah membuang masa dlm perkara2 yang tidak memberi faedah.
berusahalah untuk bertutur dlm bahasa arab kerana bahasa arab yang betul itu adalah
satu2nya syiar Islam.
janganlah kamu bertengkar dlm apa2 perkara sekalipun, kerana pertengkaran yang kosong
tidak memberi apa2 kebaikan.
janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa
tenang lagi tenteram.
janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
janganlah bercakap lebih nyaring drpd kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana
percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti hati orang.
jauhilah drpd mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan jangan
bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.
berkenal-kenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah
adalah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
kewajipan2 kita lebih banyak drpd masa yg ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan
sebaiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
No comments:
Post a Comment