Wednesday, September 30, 2009

Kuatkan hati (^_^)



"Biar rebah, jangan berubah
Biar terbuang, terus berjuang"

Thursday, September 17, 2009

Surat Syawal (~^)



Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik

Maaf juga, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu

Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih

Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih

Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering tidak memahami

Maaf aku hanya hamba yang biasa

Kerana kelemahanku itu
Sering aku panjatkan doaku padamu dikesempatan yang ada
Moga ALLAH selalu menyayangimu
Kerana siapa pun kamu, kamu itu SAHABATKU..

Monday, September 14, 2009

Ramadhan yg semakin meninggalkan kita


Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang"

Qiyamullail
Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.

ALLAH berfirman, "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu."[Al-Ghaafir 40:60]

Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]

Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: "Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud)" [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: "Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni." [HR Bukhari dan Muslim]

Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.Konfem!

Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.

Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:

1. Keikhlasan niat,

2. Memperkuat tekad,

3. Memperbaharui taubat,

4. Menghindari maksiat pada siang harinya,

5. Segera tidur,

6. Melakukan tidur siang hari, dan

7. Memohon bantuan dari Allah SWT.

Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.

Malam... tanda-tanda dan waktunya
Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.

Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.

Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.

Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:
اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."

Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.

Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.

Ya ALLAH
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti
menerangi kegelapan hati-hati kami~

Sunday, September 13, 2009

Andai cinta hendak diberi

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah. Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang & dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

Wasiat Luqman al-Hakim


anakku
suruhlah org melakukan kebaikan, tegahlah kemungkaran & sabarlah atas segala yg menimpa

anakku
jgnlah engkau cinta dunia krn engkau tidak dicipta utk dunia & ALLAH tidak mencipta lbh hina drpd dunia

anakku
jgnlah engkau gembira dgn kesihatan yg berpanjangan & sembunyikanlah kesusahan yg menimpamu

anakku
cukuplah dgn yg sedikit & redalah dgn apa yg kamu dpt

anakku
bersahabatlah dgn org bijaksana

anakku
bercakaplah dgn kata2 yg baik dgn org lain, duduklah dgn ahli zikir

anakku
laksanakanlah hajat sekadar yg perlu & elak drpd perkara yg tidak berkaitan dgnmu

anakku
banyakkanlah diam

anakku
jgnlah biarkan ayam lebih cerdik drpdmu

anakku
manfaatkanlah apa yg ALLAH ajarkan kpdmu

anakku
sepandai-pandai manusia adalah yg paling takut pd ALLAH

anakku
hendaklah engkau tawaduk

anakku
seorg yg keji apabila berkata-kata akan kelihatan kejahatannya pd lidahnya & apabila dia senyap pn, nescaya kejahatannya diketahui juga

anakku
fahamilah erti hikmah & jadikanlah akhlakmu berhikmah

anakku
elakkanlah drpd menolak permintaan org lain & terimalah keuzuran yg diminta oleh org lain

GAYA HIDUP SIHAT~


Menghayati agama terunggul (ISLAM)

1. Hendaklah ada matlamat dlm hidup
(utk mencapai kebahagiaan dunia & kejayaan hakiki di akhirat)

2. Membuat perancangan & pelan tindakan

3. Mempunyai pengetahuan, kemahiran, akhlak & ketrampilan

4. Sentiasa memantau perancangan yg dibuat

5. Kesungguhan & usaha yg berterusan

6. Doa & tawakal kpd Allah

7. Ada rehat yg cukup & kemenangan pada diri kita
- tido awl sblm 12mlm, bgn awl sblm subuh
- elak tido lps subuh

8. Mendirikan solat (dgn rukun & khusyuk)
- berusaha mencapai khusyuk
- solat di awal waktu & berjemaah
- solat merupakan kemuncak tunduk & patuh kpd ALLAH
- merancang aktiviti harian berpandukan waktu solat

9. Menghayati & membaca Al-Quran

10.Mengamalkan zikir

11.Mengekang hawa nafsu

12.Bersedekah (masa, tenaga, harta utk ISLAM)

13.Kewangan mandiri
- menabung & melabur utk masa depan
- elakkan berhutang & berbelanja mewah

14.Jaga dari segi keberkatan

15.Makan makanan yg halal & baik, segar & tidak berlebihan

16.Riadah yg istiqamah

17.Mencari & mencintai ilmu

18.Amar ma'aruf nahi mungkar

hidup dlm dunia yg bersyukur



bersyukur kpd org yg menyakiti kamu krn
dialah org yg menabahkan hati kamu

bersyukur kpd org yg menipu kamu krn
dialah org yg meningkatkan pengetahuan kamu

bersyukur kpd org yg tidak mengendahkamu krn
dialah org yg memupuk sifat berdikari kamu

bersyukur kpd org yg menjatuhkan kamu krn
dialah org yg memperhebat abiliti kamu

bersyukur kpd org yg menyeksa kamu krn
dialah org yg menguji kesabaran kamu


~ada hikmah pada setiap yg berlaku~