Wednesday, March 17, 2010

tidurlah tidur

Ya Allah
telah terbenamlah segala binatang,
telah terlelaplah segala mata,
sementara Engkau tetap hidup dan tegak perkasa,
tidak pernah dibuai lena apalagi tertidur.
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup,
Maha Gagah Perkasa,
tenteramkanlah aku di kala mengharungi
malam ini dan lelapkanlah mataku

kawen kawan2 smap kajang

azwan & salihah

sahaq & aleya

alin

zaim rashid & syikin

nana & fiqin


wani shuib & kaydin

syifa' & nasrul hadi

yani & husband

aini & hasnur

nizam & nisa

adli & isteri

mawardi & madihah

"KekuasaanNya
Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian
sendiri agar kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya.
Di antara kalian diwujudkan rasa cinta dan kasih sayang.
Sungguh pada yang demikian itu,
terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir"
(Ar-Rum:21)

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"
(Ar-Rahman:13)

Sunday, March 7, 2010

inilah saya, anda pula siapa?


“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda pula siapa?”

Hasan al-Banna



Kata-kata Al Banna:

“Aku mampu membayangkan akh al-Mujahid itu sebagai seorang lelaki yang senantiasa melakukan persiapan dan menyiapkan perlengkapannya, mampu menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwanya dan seluruh bahagian hatinya. Dia senantiasa berfikir memusatkan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila dipanggil ia menyahut, apabila diajak ia menanggapi, datang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kebenaran dan kelakarnya, tidak melampaui batas.

Dia tidak melaksanakan tugas selain dari yang telah diletakkan oleh keadaan dan tuntunan atasnya, dan dia berjihad di jalannya. Anda dapat membaca pada raut muka dan kilauan matanya, dan mendengar dari gerakan lidahnya semua apa yang bergelora di dalam hatinya, kesengsaraan yang tersimpan di dalam hati, semua tujuannya benar dan bersungguh-sungguh pelaksanaannya, cita-citanya tinggi dan sasarannya jauh untuk memenuhi jiwanya.”

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.." ~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~


apabila haram bertemu haram

ceramah daripada ustaz ridhuan tee...

apabila
haram bertemu haram...
pasti ada yang lebih haram...

apabila
sunat bertemu sunat...
pasti ada yang lebih sunat...

apabila
makruh bertemu makruh...
pasti ada yang kurang makruh...

apabila yang
baik bertemu baik...
pasti ada yang lebih baik...

amalkan konsep aula dalam islam..
tentukan mana yang lebih dari yang kurang...
pilih yang sebaiknya...


seperti kes haram, jika diberi pilihan..
makan
rasuah atau makan babi..
mana yang lebih haram?

yang mengaitkan kita dengan orang ramai atau kita dengan Allah sahaja?

pandai fikir?


seperti kes sunat, jika diberi pilihan..
solat jamaah di
masjid atau solat jamaah di rumah..
mana yang lebih sunat?

pandai fikir tak?

Saturday, February 27, 2010

kawin 2009-2010



asma' & zaid


ariff merican & k.faizah




nik nadiah & amru irfan




Monday, February 1, 2010


terima kasih Ya Allah atas segala kurnia

selamat hari lahir =)

Tanggal aku dilahirkan ke dunia,
Semua orang bergembira,
Abah gembira walaupun tanggungjawabnya makin berisi,
Mak gembira walaupun sakitnya tak tertanggung,
Kakak dan abang gembira walaupun sayang akan berbahagi,
Nenek gembira walaupun bilangan cucu sudah tak diingati,
Tapi aku lahir bersama tangisan air mata
Gembira bercampur duka
Aku gembira melihat wajah saudaraku,
tapi Aku duka mencari wajah kekasih hatiku,
Aku gembira melihat duniaku,
tapi Aku duka tak melihat wajah kesayanganku,

Hari ni kau lahir ke dunia,
Aku gembira,
Riak wajahku penuh keriangan,
Abah, mak dan saudara turut keriangan melihat aku girang,
Walaupun tika itu aku tak melihat wajahmu,
Tetapi hatiku berdenyut menandakan lahirnya dirimu,
Ku tarik-tarik dadaku, mengengsot mencari kamu,
Ku gagahkan tanganku untuk merangkak mencari kamu,
kakiku yang masih belum kuat untuk menopang tubuh, ku ajar bertatih,
Gigih mencari wajah kekasih,
Tika ini gembiranya aku,
Kamu menjadi wajah kesayanganku,
Berada pada setiap kerdipan mataku.
Selamat ulang tahun, Sayangku.